fbpx

Kajian dapati kanser berkait dengan obesiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. - Foto AFP

STOCKHOLM – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua kes kanser dikaitkan dengan obesiti, lapor laman berita Wion News semalam.

Ia sekali gus membuktikan adalah penting untuk mengekalkan bentuk badan dengan bersenam dan mengawal diet.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Lund, Sweden itu melibatkan 4.1 juta peserta yang dipantau selama kira-kira 40 tahun dari segi berat badan dan gaya hidup mereka, lapor akhbar The Telegraph.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 332,000 kes kanser telah dikenal pasti.

Laporan itu menyatakan bahawa dalam 40 peratus daripada kes itu, terdapat kaitan antara berat badan berlebihan dengan perkembangan kanser.

Secara keseluruhan, para penyelidik di universiti itu menemui 32 jenis kanser yang berkaitan dengan obesiti.

Laporan itu menambah bahawa sebelum ini, satu penyelidikan antarabangsa mengenal pasti 13 jenis kanser yang dikaitkan dengan obesiti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI