fbpx

FAM enggan kompromi keselamatan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YUSOFF

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meningkatkan kawalan keselamatan ke atas pemain sewaktu pergi dan balik dari stadium termasuk di hotel penginapan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, perkara tersebut wajar mendapat perhatian tidak hanya kawalan keselamatan diberikan perhatian khusus di stadium semata-mata.

Menurutnya, sebarang kemungkinan serangan ke atas pemain tidak boleh dijangka khususnya sewaktu tamat perlawanan apabila pemain pergi dan balik dari stadium termasuk di hotel penginapan tidak boleh dipandang ringan.

“Kawalan keselamatan bukan sahaja di stadium, tetapi juga sewaktu pemain pergi dan balik dari stadium juga kena diberikan perhatian yang maksimum.

“Kita tidak boleh ingat lepas tamat perlawanan dah tak ada tanggungjawab lagi, FAM harap semua pasukan yang terlibat pastikan sewaktu pemain pergi dan balik dari stadium serta di hotel penginapan mesti ada kawalan paling ketat,” ujarnya.

Mengulas lanjut Mohd. Yusoff berkata, beban kerja bagi MFL termasuk persatuan bola sepak negeri mungkin bertambah, namun soal keselamatan pemain mesti diberi keutamaan bagi mengelak daripada tiga insiden membabitkan pemain bola sepak
berulang.

Menurutnya, FAM amat berharap tiga insiden yang berlaku ke atas pemain baru-baru ini adalah yang terakhir berlaku dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI