fbpx

EPL: Chelsea terus hidupkan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON meledak gol kemenangan Chelsea ketika merakam kemenangan ke atas Forest pada aksi awal pagi semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Chelsea meneruskan misi memburu kelayakan ke Liga Europa musim depan selepas bangkit menewaskan Nottingham Forest 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Blues terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Mykhailo Mudryk seawal minit kelapan sebelum Forest menyamakan kedudukan hasil tandukan Willy Boly sebelum tamat separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah mendahului 2-1 hasil jaringan bekas pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi pada minit ke-74 sebelum Chelsea bangkit dengan dua gol yang dijaringkan Raheem Sterling dan Nicolas Jackson.

“Kami menjaringkan gol awal, tetapi kemudiannya melepaskan gol mudah. Bermula dari situlah kami bergelut walaupun perlawanan boleh dikatakan seimbang kerana serangan yang mereka lakukan cukup berbahaya.

“Kadang-kadang anda memerlukan kejutan yang dilakukan pemain gantian untuk menang dan itulah terjadi hari ini (semalam). Saya gembira kerana pemain-pemain sentiasa percaya pada diri sendiri,” kata pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea menyamai kutipan 57 mata Newcastle United di tangga keenam liga yang menjanjikan aksi kelayakan ke Liga Europa musim depan, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan gol.

Justeru, juara dua kali Eropah itu tidak boleh tercicir mata dalam dua baki perlawanan terakhir selain mengharapkan Newcastle mencatat keputusan seri atau kalah untuk layak ke Liga Europa musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI