fbpx

Speedy Tigers masih punya banyak masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEEDY Tigers menamatkan saingan PSAS di tempat keempat selepas tewas kepada New Zealand.

KETUA jurulatih hoki lelaki negara, Sarjit Singh yakin Speedy Tigers masih mempunyai banyak masa untuk meningkatkan prestasi bagi mencapai tahap terbaik.

Berdasarkan pencapaian dalam Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-30 yang berakhir semalam, Sarjit percaya anak-anak buahnya sedang berada di landasan baik untuk menjadi skuad terbaik.

“Saya mempunyai masa hampir satu tahun untuk memperbaiki kelemahan pasukan. Memang kita kecewa dengan kekalahan ini, tetapi pemain sudah berusaha gigih untuk mengutip kemenangan.

“Apa yang penting ialah pemain dalam proses belajar,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan penentuan tempat ketiga dengan New Zealand yang menyaksikan Malaysia tumpas 2-3 untuk menamatkan kejohanan enam pasukan itu di tempat keempat.

Sarjit yakin ada ruang untuk pasukan negara meningkat khususnya pemain-pemain muda seperti Azrai Aizat Abu Kamal, Akhimulllah Anuar, Azimuddin Kamaruddin, Shafiq Hassan yag mendapat pendedahan berguna sepanjang saingan PSAS.

Malah, Azrai berjaya dinobatkan penggempur paling prolifik selepas muncul penjaring terbanyak pada kejohanan kali ini.

“Berikan mereka masa dan peluang. Saya yakin kita mampu membentuk pasukan bertenaga nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI