fbpx

Muhyiddin lahir rasa syukur Belanjawan 2021 lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa syukur selepas Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyokong belanjawan itu sehingga bacaan kali ketiga.

“Sokongan padu ini membuktikan Kerajaan PN sentiasa mengambil kira kebajikan, keselamatan nyawa, kesejahteraan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara dalam apa sahaja tindakan yang diambil.

“Ini juga membuktikan ahli-ahli Parlimen yang menyokong menyedari dan menginsafi bahawa belanjawan ini sangat penting kepada kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan yang sudah dirancang dengan keutamaan sudah tentunya untuk melawan pandemik Covid-19. serta meningkatkan taraf hidup rakyat seluruh lapisan masyarakat terutama golongan B40, M40, golongan rentan serta golongan kurang bernasib baik,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Ujar beliau, pendirian Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan juga membuktikan mereka munjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu belanjawan ini diluluskan.

“Saya harap ahli-ahli Parlimen dapat terus memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan spekulasi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang hari ini selepas undian Belanjawan 2021 untuk kali ketiga gagal diluluskan oleh Dewan Rakyat ternyata tidak benar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI