fbpx

Bomba padam kebakaran tanah gambut 156.6 hektar di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran tanah gambut di Kampung Kual, Beris Lalang dekat Bachok sejak dua minggu lalu. FOTO IHSAN BOMBA

BACHOK – Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadam kebakaran tanah gambut seluas 156.6 daripada 173 hektar di Kampung Kual, Beris Lalang di sini sejak dua minggu lalu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, kebakaran itu melibatkan kawasan hutan gelam, belukar, kebun sawit dan kebun getah.

Menurutnya, setakat tengah hari ini, kebakaran tanah seluas 156.6 hektar berjaya dipadam.

“Baki kebakaran di tanah seluas 16.4 hektar bermula dari Sektor C hingga Sektor F sedang dalam proses pemadaman. Anggota bomba menggunakan sumber air dari satu lokasi telaga tiub ke dalam sistem perparitan sedia ada selain menambah cabang jejari dan mendalamkan kawasan parit,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Ridhuan memberitahu, selain itu, pemadaman dibuat secara ‘direct attack’ atau pancuran terus menggunakan empat buah pam bergerak JBPM dan sebuah pam bomba tentera darat.

Menurutnya, operasi itu melibatkan 12 anggota bomba dibantu sembilan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan tujuh anggota bomba tentera darat.

Tambahnya, operasi pemadaman ditangguhkan pada pukul 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI