fbpx

Sesi latihan Selangor FC ‘hambar’ tanpa Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Selangor FC giat menjalani latihan di Pusat Latihan FAS, Shah Alam semalam. - Foto IHSAN SELANGOR FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC meneruskan ‘perjuangan’ seperti biasa dan mengambil sikap profesional untuk mengharungi perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium MB Petaling Jaya pada Sabtu ini.

Ketua Perubatan Sukan skuad Gergasi Merah, Dr. Muhammad Hazwan Khair berkata, pengurusan masih memantau keadaan emosi dan psikologi pemain sejak berlakunya insiden simbahan asid melibatkan tonggak utama, Faisal Halim pada minggu lalu.

Kata Dr. Hazwan, barisan pemain cukup profesional tetapi diakui kem Merah Kuning tidak lagi ceria kerana Faisal antara individu yang sering menaikkan semangat pasukan terutama pada sesi latihan.

“Semua pemain bersikap profesional dan menjalani latihan seperti biasa walaupun terdapat banyak dugaan yang melanda pasukan ketika ini.

“Pegawai perubatan sentiasa memantau keadaan pemain terutamanya membabitkan emosi dan sekarang ini situasi dalam pasukan semakin baik.

“Kita pun tahu Faisal seorang yang ceria dan bila dia tiada dalam kem latihan pasukan, perasaan agak sunyi dan rasa lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Hazwan mengesahkan Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey masih lagi dalam proses rawatan sebelum beralih ke fasa pemulihan yang bakal dibantu Institut Sukan Negara (ISN).

“Sekarang ini, Faisal dalam rawatan dan bukannya pemulihan. Fokus sekarang adalah melibatkan proses ‘skin allograft’ supaya tiada jangkitan sekali gus boleh menjalani rawatan seterusnya kelak,” katanya.

Sebagai rekod, Faisal yang pada awalnya dilihat agak kritikal kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI