PENYANYI sensasi, Inul Daratista memberi amaran kepada suaminya, Adam Suseno supaya berjaga-jaga dan tidak sesekali merancang untuk berpoligami.
Biarpun kehidupan pasangan itu aman tanpa sebarang kontroversi, penyanyi yang popular dengan tarian ‘goyang gerudi’ itu seakan-akan faham tentang kewujudan wanita yang gemar menggoda suami orang.
“Untuk suamiku yang tercinta, Jangan cuba-cuba meminta izin untuk berpoligami (berkahwin lagi) kalau tidak mahu ‘burung’ kamu cuma tinggal telurnya sahaja,” kata Inul.
Mendengar ugutan tersebut, Adam yang berada di belakang isterinya hanya mampu ketawa sambil memandang Inul.
“Ingat pesan isteri ya, awas,” kata pelantun lagu Buaya Buntung itu menerusi video dalam Instagramnya.