fbpx

Banjir Afghanistan: Angka korban melebihi 300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK membersihkan lumpur di rumahnya yang dimasuki air akibat banjir kilat di daerah Baghlan-i-Markazi semalam. - AFP

KABUL – Lebih 300 orang terkorban dalam banjir kilat yang melanda beberapa wilayah  Afghanistan, demikian menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Program Makanan Sedunia (WPF) semalam.

Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.

Namun, ramai penduduk masih hilang selepas hujan lebat berlaku pada Jumaat lalu, sehingga menyebabkan air sungai dan lumpur melimpah serta memasuki kampung. Ia turut membanjiri  tanah pertanian di beberapa buah wilayah negara itu.

Mangsa-mangsa yang terselamat pula terpaksa memilih untuk melalui jalan berlumpur yang dipenuhi dengan serpihan banjir dan bangunan-bangunan rosak, demikian menurut seorang wartawan AFP.

Pihak berkuasa dan kumpulan bukan kerajaan mengerahkan para petugas penyelamat dan bantuan ke lokasi kejadian, selain memberi amaran bahawa beberapa kawasan terputus hubungan akibat banjir.

Wilayah Baghlan Utara adalah antara yang paling teruk terjejas dengan lebih 300 orang terbunuh, manakala beribu-ribu rumah musnah atau rosak, kata WFP.

“Seramai 311 maut, 2,011 rumah musnah dan 2,800 lagi rosak di wilayah Baghlan,” kata pegawai komunikasi untuk agensi PBB di Afghanistan, Rana Deraz.

Terdapat perbezaan antara jumlah kematian yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan agensi kemanusiaan.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB pula berkata, terdapat 218 kematian di Baghlan.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qani memberitahu AFP bahawa 131 orang telah terkorban di Baghlan tetapi jumlah kematian berdasarkan pengiraan kerajaan mungkin meningkat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI