fbpx

Doa Syafiq, Mimi makbul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mahu melihat kisah cinta Syafiq dan Mimi kembali bertaut.

KISAH kahwin tak jadi atau cinta yang tergantung sepi memang tak lari daripada pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Meskipun sudah umumkan tak jadi kahwin sejak tahun lalu, mereka tetap diasak dengan soalan berkaitan hal tersebut sehingga ke hari ini.

Memang kuat betul jodoh mereka sebab sampai sekarang orang masih bertanya.

Menguatkan lagi perkara itu selepas Diva nampak Syafiq meninggalkan komen pada salah satu hantaran Instagram Mimi baru-baru ini.

TANGKAP layar komen Syafiq buat Mimi yang mencuri perhatian ramai.

Tiada sebarang ayat dititipkan tetapi emoji bermata hati merah cukup untuk membuat ramai teruja.

Mimi pula turut membalas dengan emoji berbentuk hati merah jambu.

Mungkinkah doa Syafiq di Tanah Suci baru-baru ini dimakbulkan Tuhan? Kalau benar makbul, ramai yang tumpang gembira.

Diva harap ada berita gembira selepas ini ya!

DIVA: Ramai ternanti-nanti untuk lihat Syada Amzah hadir menziarah anak buah baharunya, Rhea Akira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI