fbpx

Jepun juara PSAS edisi ke-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jepun muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang ke-30 di Stadium Azlan Shah Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH  – Jepun melakar sejarah apabila muncul juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi ke-30 selepas menundukkan Pakistan 4-1 di Stadium Azlan Shah, sebentar tadi.

Ini adalah kejayaan kali pertama pasukan ‘ mata hari terbit’ itu menggondol gelaran meskipun perlawanan terpaksa diputuskan melalui penalti shootout selepas kedua pasukan terikat 2-2 di akhir perlawanan.

“Kejayaan ini cukup besar erti kepada saya dan pemain. Pemain bermain dengan baik sepanjang kejohanan. Saya berbangga dengan kejayaan ini, ” kata jurulatih Samurai, Yoshihiro Anai.

Sementara itu jurulatih Pakistan , Roelant Oltmans berpuas hati dengan kejayaan pasukannya kerana hanya membuat persiapan ringkas untuk ke Ipoh.

Pada perlawanan tadi, Jepun mendahului melalui Serena Tanaka pada minit ke-12 sebelum Pakistan bangkit pada suku ketiga dan menjaring dua gol melalui Rehman Abdul pada minit 37 dan Rahman Abdul minit 37.

Jepun namun memadam kelebihan itu melalui Kazumasa Matsumoto pada minit ke-47. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI