fbpx

Liga Super: Sri Pahang sekat hajat besar KDN FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Sri Pahang, Manuel Hidalgo meledak gol tunggal perlawanan untuk tewaskan KDN FC di Stadium Temerloh, sebentar tadi. - SRI PAHANG

TEMERLOH – Hasrat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) cipta kejutan ke atas Sri Pahang tidak terlaksana apabila tewas 0-1 di Stadium Temerloh, sebentar tadi.

KDN FC yang dilihat berbelanja besar untuk mendapatkan pemain terbaik musim ini dilihat mampu bersaing sepanjang babak pertama apabila berupaya mengikat tuan rumah tanpa jaringan.

Bagaimanapun, 19 minit awal di babak kedua menjadi jurang pemisah buat kedua-dua pasukan, menyaksikan Manuel Hidalgo berjaya merobek gawang KDN FC menerusi sepakan percuma pada minit ke-64.

Walaupun cuba bangkit, Tok Gajah jelas lebih bersedia untuk mempertahankan gawang mereka sekaligus memastikan tiga mata penting pada perlawanan pertama.

Terdahulu, masalah teknikal yang berlaku menyaksikan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI