fbpx

Liga Super: NSFC optimis cabar kedudukan empat teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (baris belakang, tengah) bergambar bersama wakil penaja dan pemain dan pegawai pasukan NSFC pada Majlis Pengenalan Pemain NSFC Musim 2024/2025 di Nilai, Seremban hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Kelab Negeri Sembilan (NSFC) yakin dapat memperbaiki prestasi pasukan dengan menyasarkan kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut Pengerusinya, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, ia berdasarkan kualiti pemain dan sokongan kewangan yang lebih baik kali ini berbanding musim lalu.

“Saya amat berharap dengan pasukan baharu yang bakal bersaing tidak lama lagi, di atas kertas nampak lebih mantap dengan gandigan pemin baharu dan lama.

“Kalau boleh dapat di tempat keempat seperti pernah sebelum ini, tiada yang mustahil, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pemain NSFC Musim 2024/2025 di Nilai hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Syed Razman berharap isu masalah pembayaran gaji pemain yang menimpa pasukan pada musim lalu juga tidak lagi berulang.

“Nampaknya (kewangan) lebih baik berbanding musim lalu, namun pada masa yang sama kami ada bercakap dengan beberapa syarikat lain bagi kami menambah dana supaya apa yang berlaku musim lalu tidak berulang,” katanya..

Pasukan itu pada musim ini melakukan beberapa perubahan dengan melantik Azzmi Ab Aziz sebagai ketua jurulatih yang baharu.

Antara pemain utama musim lalu juga dikekalkan termasuk ketua pasukan, Nasrullah Hanif Johan dan Che Rashid Che Halim.

Selain itu, NSFV juga membawa beberapa pemain baharu seperti Muhammad Hadin Azman dan penjaga gol yang dipinjamkan dari Selangor FC, Syahmi Adib Haikal Mohd. Shukri.

Bagi menambah kualiti dalam pasukan, NSFC juga turut membawa masuk pemain import baharu seperti, Mika Junco dari Sepanyol yang beraksi di posisi serangan, Takumi Sasaki dari Jepun (tengah) dan Aliyu Abubakr dati Nigeria (pertahanan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN