fbpx

Penyokong TFC solat hajat mohon kesembuhan Akhyar, Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong TFC menunaikan solat hajat memohon kesembuhan Akhyar dan Faisal di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Hampir 200 penyokong Terengganu FC (TFC) mengadakan solat hajat dan doa selamat sebelum aksi menentang Perak di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam ini.

Ia bertujuan memohon kesembuhan buat pemain TFC, Akhyar Rashid dan pemain Selangor, Faisal Abdul Halim yang menjadi mangsa samun dan pukul serta simbahan asid baru-baru ini.

Solat Maghrib, solat hajat dan doa selamat itu yang dipimpin Ahmad Muzanil Abdul Rahman tersebut turut disertai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.

Salah seorang penyokong TFC, Ahmad Syauqi Kamaruddin, 27, berkata, semua penyokong skuad Sang Penyu sentiasa mendoakan kesembuhan buat Akhyar dan Faisal.

Bagi penyokong Perak, Mohd. Fadzli Adnan, 44, pula dia tetap memohon kesembuhan buat dua tonggak skuad kebangsaan yang diperlukan untuk menghadapi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI