fbpx

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ungku Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UCAPAN takziah yang dizahirkan Seri Paduka Baginda disiarkan di laman Facebook Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang telah pulang ke Rahmatullah akibat sakit tua pada petang tadi.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada negara,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Faceebook Istana Negara hari ini.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Terdahulu, Ungku Abdul Aziz meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur hari ini.

Arwah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 petang akibat sakit tua pada usia 98 tahun.

Kematian arwah dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, Rahaiah Baheran.

Menurut sumber, beliau mengalami sakit tua dan sudah dimasukkan ke hospital dua bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI