fbpx

Penduduk kampung bawa 5 suspek aniaya remaja perempuan ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Lima remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes merogol dan amang seksual terhadap dua remaja perempuan di daerah ini semalam.

Terdahulu, kesemua suspek ditahan oleh penduduk kampung setelah didapati berada dalam keadaan mencurigakan bersama kedua-dua mangsa bawah umur terbabit di dalam sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua mangsa mendakwa melakukan hubungan seksual dengan suspek-suspek sejak antara dua dan tiga bulan lalu.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi pemeriksaan perubatan. Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 akta sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI