BERIKUTAN pandemik Covid-19, penyanyi Chungha dilaporkan terpaksa menangguhkan hasrat untuk melancarkan album baharunya tidak lama lagi.
Hal ini kerana, perancangan tersebut dipengaruhi oleh situasi industri muzik yang sedang bergelut menerima tempias pandemik wabak berkenaan.
Malahan, keadaan kesihatan Chungha sendiri yang dijangkiti Covid-19 turut menjadi menjadi punca penangguhan pelancaran albumnya.
Dia disahkan positif Covid-19 pada Isnin minggu lalu dan terpaksa menunda jadual seninya buat sementara waktu.
Chungha sepatutnya melancarkan single X pada Khamis lalu dan album penuh pertamanya berjudul Querencia pada 4 Januari tahun depan.
“Selepas berbincang secara dalaman dan mengambil kira situasi semasa, kami memutuskan untuk menunda tarikh pelancaran album baharu Chungha,” ujar agensi MNH Entertainment.