fbpx

Hujan, ribut petir landa Semenanjung Malaysia malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir melanda sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan dan ribut petir akan melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor serta Negeri Sembilan.

Kata MetMalaysia, hujan dan ribut petir sehingga ke awal pagi pula dijangka berlaku di beberapa kawasan pesisir pantai barat di Sabah.

Sementara itu, hujan dan ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di Sarawak terutama di bahagian pedalaman Sarawak dan Sabah, manakala menjelang awal pagi eosk hujan dan ribut petir dijangka tertumpu di kawasan pantai barat Sabah.

“Hujan dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di beberapa tempat melibatkan Pulau Pinang, pedalaman Kelantan dan Pahang, Selangor serta beberapa tempat di Negeri Sembilan.

“Sehingga ke awal pagi nanti, hujan dijangka melanda beberapa kawasan yang meliputi Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka serta Pahang.

“Hujan dan ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di pedalaman Sarawak dan Sabah serta pantai barat Sabah dan Lahad Datu menjelang awal pagi nanti,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI