JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan tindakan dua remaja yang mengejar seorang pencuri motosikal di sebatang jalan di wilayah Bengkulu, Pulau Sumatera, lapor laman berita Okezone semalam.
Menerusi rakaman itu, suspek dilihat kelam kabut menunggang motosikal yang baru dicurinya sambil dikejar oleh dua remaja.
Suspek berjaya ditangkap selepas terjatuh akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh salah seorang remaja yang mengejarnya.
Polis masih mencari dua suspek lain yang disyaki bersubahat melakukan jenayah itu.
Kejadian berlaku di sebatang jalan di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu. – AGENSI