fbpx

Akauntan rugi lebih RM6,000 terperdaya scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang akauntan berputih mata apabila kerugian RM6,300 selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Komunikasi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 24 tahun dari Felda Palong 3 itu membuat laporan di balai polis semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa terdapat 27 aduan atas namanya bagi kesalahan mengiklankan judi online dan pelaburan tidak sah di Melaka.

“Mangsa juga mendapat panggilan daripada polis atas dakwaan sama sebelum talian disambung kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Mangsa dikatakan terlibat kes penyelewengan wang dan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa diberikan dua pilihan sama ada untuk menyelesaikan kesalahan itu dengan cara mengaku atau membuat pembayaran secara dalam talian. Mangsa membuat pembayaran sebanyak RM6,300. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI