fbpx

Tentera Darat usul kontrak sewaan Black Hawk dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Hafizuddeain memeriksan perbarisan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 199/23 di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Tentera Darat Malaysia tetap dengan pendirian mengusulkan pembatalan sewaan helikopter Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan selepas kontraktor yang dilantik masih gagal memenuhi obligasi yang ditetapkan sebelum ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, kontrak berkenaan sudah pun dimeterai sejak tahun 2022 dan mengikut perancangan awal, helikopter Black Hawk akan tiba pada bulan November tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya, pihak berkenaan telah menyatakan kelewatan tersebut dan akan menyelesaikan penghantaran Black Hawk pada bulan April lalu.

“Sudah hampir dua tahun perjanjian dimeterai, obligasi asal mereka (kontraktor) sepatutnya hantar pesawat pertama pada bulan November dan jamin pada April sudah selesai. Namun rancangan asal gagal dan sebab-sebabnya pun kita tidak tahu.

“Ini sebenarnya memberi kesan kepada latihan dan juga operasi Tentera Darat. Oleh itu kami berpendapat tindakan perlu diambil demi kepentingan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 199/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, Tentera Darat sebagai pengguna amat memerlukan keupayaan Black Hawk dan kontrak perolahan ataupun sewaan tersebut akan banyak membantu pasukan dalam tugas-tugas operasi dan juga latihan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI