fbpx

KPN santuni kanak-kanak autistik warga PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin santuni kanak-kanak autistik pada Program Sambutan Hari Autisme 2024 di PULAPOL, Kuala Lumpur di sini hari ini. -Foto oleh SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyantuni serta meluangkan masa bersama kanak-kanak autistik di Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Majis berkongsi kasih bersama kanak-kanak terdiri daripada anak warga PDRM turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti yang menyeronokkan bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Menurut Razarudin, adanya majlis ini berupaya meningkatkan kesedaran ahli masyarakat supaya lebih peka dan prihatin terhadap komuniti autistik.

“Saya difahamkan, dari awal pengoperasiannya (Pusat Autisme PDRM) pada Ogos 2020, seramai 18 kanak-kanak autistik telah berjaya menamatkan pembelajarannya di pusat ini, manakala 25 lagi kanak-kanak masih lagi menerima pendidikan intervensi awal.

“Saya begitu berbangga dengan para ibu bapa dan penjaga yang dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian membesarkan anak syurga ini,” katanya semasa berucap di sini, hari ini.

Tambah beliau, pucuk pimpinan PDRM turut memberi sokongan dalam menjaga kebajikan warga pasukan khususnya mereka yang mempunyai anak berkeperluan khas ini.

“Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari guru kepada ibu-ibu, para penjaga serta seluruh tenaga pengajar yang telah banyak berkorban masa serta tenaga demi memastikan anak-anak istimewa ini mendapat pendidikan dan perhatian yang sewajarnya,” katanya.

Katanya, semoga segala usaha murni yang dicurahkan dalam menyantuni anak istimewa ini dikurniakan sebaik-baik ganjaran dariNya.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Unfuk rekod, Pusat Autisme Pengaman adalah institusi swasta yang dikendalikan dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pengaman Malaysia. Pusat ini telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pusat ini diselia oleh Pengurus Besar Yayasan Pengaman Malaysia, Azura Izham.

Ditubuhkan pada Ogos 2020, bermula dengan enam pelajar dan empat orang guru atau pegawai intervensi, kini bilangan pelajar telah meningkat kepada 25 orang beserta tujuh guru termasuk pegawai intervensi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI