fbpx

Ribut Matahari paling kuat hentam Bumi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI artis menunjukkan fenomena ribut Matahari. – AGENSI 

WASHINGTON – Ribut suria paling kuat dalam tempoh 20 tahun melanda Bumi bermula semalam, mencetuskan cahaya cakerawala di langit dari Tasmania hinggalah ke Britain dan berisiko menjejaskan operasi satelit serta grid elektrik.

Ribut Matahari itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu ini.

Pelepasan jisim korona (CME) iaitu penghamburan plasma dan medan magnetik dari Matahari itu berlaku sejurus selepas pukul 12 malam (waktu Malaysia), demikian menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan(NOAA).

Fenomena itu kemudian meningkat menjadi ribut geomagnetik ‘ekstrem’. Ribut solar kali ini  adalah yang pertama sejak Oktober 2003 apabila fenomena serupa menyebabkan bekalan elektrik di Sweden terputus, manakala infrastruktur kuasa rosak di Afrika Selatan.

Kejadian terbaru semalam menyaksikan orang ramai dari utara Eropah hinggalah ke rantau pasifik dan Australia memuat naik imej cahaya terang di langit atau dinamakan sebagai aurora.

“Kami mengejutkan anak-anak untuk melihat Cahaya Utara (aurora) di halaman belakang rumah kami! Fenomena ini jelas kelihatan  dengan mata kasar,” kata penduduk Hertford di Britain, Iain Mansfield.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa memaklumkan kepada pengendali satelit, syarikat penerbangan dan grid kuasa supaya melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk kemungkinan berlakunya gangguan akibat perubahan medan magnetik Bumi.

Berbeza dengan letusan solar yang bergerak pada kelajuan cahaya dan sampai ke Bumi dalam masa cuma lapan minit, CME bergerak lebih perlahan iaitu sekitar 800 kilometer sesaat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI