fbpx

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek simbah asid Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Autisme 2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Polis kini dalam proses menyiapkan fotofit atau lakaran wajah suspek yang disyakit terbabit kes simbahan asid ke atas pemain Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia merupakan antara kaedah yang digunakan pihaknya selain cap jari.

“Kita akan kumpul maklumat dengan fotofit, cap jari (suspek) juga sudah diambil. Macam kita siasat kes adik Zayn Rayyan, ia perlu masa,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Autisme di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, lebih 12 saksi dirakam keterangan membabitkan orang awam dan keluarga terdekat mangsa bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Rakaman percakapan melibatkan keluarga, ipar mangsa, mangsa (Faisal), pengawal keselamatan dan saksi berkepentingan.

“Risikan dan siasatan sedang dijalankan. Kalau kita kenal pasti (suspek) kita juga perlu adil dan tak boleh tangkap sesuka hati,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Faisal yang juga pemain Selangor FC cedera melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Susulan itu, polis menahan suspek pertama di Ampang, Selangor bagi membantu siasatan, namun hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat.

Pada 6 Mei lalu, suspek kedua pula ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI