fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: 18 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengundi selesai mengundi di SK Kijal, Kemaman hari ini.

HULU SELANGOR – Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi ini membabitkan 39,269 pemilih berdaftar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Kesemua pusat mengundi dijadual ditutup pukul 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi ditutup pukul 2 petang.

Proses pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Pakatan Harapan (PN), calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Difahamkan, kesemua calon tidak akan turun mengundi kerana merupakan pengundi luar.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, cuaca cerah dan baik di Kuala Kubu Baharu pagi ini, namun hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda pada petang sehingga malam.

PRK Kuala Kubu Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu.

Untuk rekod, Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Muda dengan majoriti undi 4,119. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI