fbpx

PSAS 2024: Malaysia atasi Korea Selatan 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Hoki Malaysia Silverius Shello (kanan) di kejar dua Pemain Hoki Korea Selatan pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Azlan Shah di Ipoh, Perak, hari ini.FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Skuad hoki negara, menutup tirai pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 dengan kejayaan 1-0 ke atas Korea Selatan, di sini sebentar tadi.

Gol kemenangan Speedy Tigers dihasilkan oleh Akhimulllah Anuar pada minit ke-7.

Kemenangan ini sedikit sebanyak mengikis kekecewaan selepas tumpas 1-2 kepada Jepun, semalam.

Pada perlawanan tadi, anak buah Sarjit Singh berjuang sehingga ke wisel penamat untuk menghasilkan kemenangan selain berjaya menyekat serangan Korea Selatan termasuk menggagalkan12 pukulan sudut penalti lawan.

Dengan keputusan ini Speedy Tigers menamatkan cabaran ditangga ke tiga dengan sembilan mata dan akan bertemu New Zealand untuk penentuan tempat ketiga dan keempat petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI