fbpx

Keputusan SPM 2023 kekal 27 Mei, tak jejas cuti guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) hadir merasmikan Karnival HIP Peringkat Negeri Pulau Pinang di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal, petang tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 27 Mei ini seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan tarikh tersebut tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru malah akan memberi masa secukupnya buat pelajar lepasan SPM untuk membuat permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, pihaknya mendengar segala pandangan yang dikemukakan semua pihak apatah lagi berkait rapat dengan kesejahteraan guru.

“Guru-guru yang telah merancang percutian, teruskan bercuti kerana tidak ada masalah, apatah lagi keputusan (SPM) boleh diperolehi secara dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Mana anak-anak yang tidak mempunyai akses dalam talian (Internet) boleh mendapatkan keputusan di mana-sekolah terdekat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung rayuan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang memohon KPM mengumumkan keputusan SPM lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival HIP Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di Nibong Tebal di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, sesi libat urus turut akan dilaksanakan bagi memastikan tiada isu berbangkit semasa pengumuman keputusan SPM itu nanti.

Semalam, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon memohon keputusan SPM diumumkan awal kerana guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, rancangan berhubung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Petani, Kedah yang bakal ditransformasi menjadi Kolej Tingkatan Enam sudah selesai sepenuhnya.

Jelasnya, keutamaan kini diberikan terhadap usaha menaik taraf sekolah terbabit bagi memenuhi keperluan pelajar di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI