fbpx

Lelaki Korea didakwa guna dokumen palsu untuk urusan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang Whan (baju biru) ketika menghadiri pertuduhan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga Korea dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi urusan kerja pada September tahun lalu.

Tertuduh, Lee Chang Whan, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Chang Whan didakwa menggunakan dokumen Perjanjian Subkontrak Pindaan palsu bagi kerja pemasangan cerucuk antara Hyundai Engineering Sdn. Bhd. dan Budiwan Sdn. Bhd..

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar di sini pada 22 September 2023.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini untuk pengurusan kes dan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat tempatan.

Stephanie membenarkan pasport tertuduh dikembalikan bagi membolehkan lelaki asing itu memperbaharui permit kerja dan dipulangkan semula kepada mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI