fbpx

Saya hilang tunjang keluarga – Isteri mangsa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Pahidah (kanan) bersama anaknya menunjukkan gambar bersama arwah suaminya yang maut dalam kejadian dihempap pokok selasa lalu di kediamannya di Seksyen 24, Shah Alam. Foto Saddam Yusoff/ KOSMO!

SHAH ALAM – Isteri mangsa tragedi pokok tumbang di Kuala Lumpur pada Selasa lalu mengakui dia dan empat anaknya kehilangan ketua keluarga selepas pemergian suami, Allahyarham Md. Rizal Atan, 47.

Nor Pahidah Mat Zaman, 43, berkata, arwah suaminya merupakan pencari rezeki tunggal buat mereka enam beranak selepas dia berhenti kerja sebagai ejen sebuah syarikat pelancongan tujuh tahun lalu.

“Saya berhenti kerja kerana mahu membesarkan anak-anak. Tetapi sekarang saya hilang arah kerana suami sudah tiada,” katanya ketika menerima lawatan pegawai Lembaga Zakat Sela­ngor (LZS) di Seksyen 24, di sini hari ini.

Menurut wanita itu, perbe­lanjaan pendidikan tiga anak­nya menjadi keutamaan ketika ini selain perbelanjaan harian dan sewa rumah yang berjumlah lebih RM2,000 sebulan.

Jelas Nor Pahidah, dia bersedia untuk bekerja sekiranya anak bongsunya berusia empat tahun sudah bersekolah.

Bercerita mengenai kejadian yang menimpa arwah suami­nya, wanita itu memberitahu, lelaki itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, ma­lah sempat bersalaman sebelum ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, pihaknya mendapati keluarga arwah layak mendapat bantuan daripada LZS berikutan Nor Pahidah tidak bekerja.

“LZS memberikan bantuan kewangan RM500, sewa rumah dan makanan secara bulanan. Anak arwah layak menerima bantuan pembiayaan pendidikan, namun perlu mengemukakan dokumen kepada LZS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI