fbpx

Hilang cuba tarik bot hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI Fazudin yang dilaporkan hilang ketika cuba menarik bot yang hanyut di perairan Tanjung Langsat, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG – Seorang lelaki dipercayai lemas ketika terjun ke dalam laut bagi menarik bot yang telah hanyut dibawa arus di kawasan berhampiran markas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Tanjung Langsat, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.37 petang itu, mangsa, Fazudin Azuardi Ismadi, 33, bersama rakan yang lain telah menaiki sebuah bot menuju ke sebuah rumah rakit untuk memancing bersama-sama.

Ketika leka memancing, bot yang dinaiki mereka telah hanyut dibawa arus setelah ikatan tali pada tiang rumah itu terlucut.

Mangsa kemudian terjun ke dalam laut untuk menarik semula bot berkenaan namun tidak timbul lagi selepas itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar berkata, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah bot aluminium dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima.

Beliau berkata, pihaknya bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ menggunakan sebuah bot.

“Skop pencarian dilakukan pada jarak satu kilometer sekitar rumah rakit tersebut. Sehingga lewat petang ini operasi masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI