fbpx

Waspada panggilan scammer guna talian rasmi MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah untuk menghubungi orang ramai secara rawak.

MOF berkata, ‘panggilan’ itu meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

Justeru, MOF mengingatkan orang ramai untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan sedemikian.

“MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF.

“Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran daripada orang ramai bagi sebarang tujuan,” katanya dalam kenyataan tadi.

Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan STR atau Sumbangan Asas Rahmah MOF iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI