fbpx

Bagnaia tepis dakwaan mengarut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA (kiri) mendakwa dia tiada masalah sekiranya bergandingan dengan Marquez (kanan) pada musim depan. – AFP

LONDON – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menafikan spekulasi bahawa dia enggan menerima juara dunia enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez sebagai rakan sepasukannya bermula ­tahun depan.

Ketika ini, Ducati dalam pro­ses untuk memutuskan calon pelumba yang akan bergandingan bersama Bagnaia pada 2025 memandangkan kontrak Enea Bastianini bakal tamat penghujung musim ini.

Bagaimanapun, Ducati dikatakan dalam dilema untuk menentukan pelumba bagi musim 2025 selepas dikatakan perlu menaikkan naib juara MotoGP musim lalu iaitu pelumba Pramac, Jorge Martin atau menandatangani Marquez ke pasukan utama.

Ketika ini, ramai menjelaskan kehadiran Marquez untuk menjadi rakan sepasukan Bagnaia bakal mencetuskan suasana tidak harmoni dalam Ducati.

“Sejak beberapa hari ini, saya ada melihat video yang mengatakan saya tidak mahu Marquez bersama pasukan kilang, tetapi bagi saya kenyataan tersebut adalah mengarut.

“Saya tak kisah kerana saya hanya mahu mengalahkan mereka semua, cuba untuk menjadi yang terbaik.

“Ketika ini, saya bekerja de­ngan baik bersama Bastianini dan saya tahu kerja yang sedang kami lakukan. Jika pasukan me­nukar rakan sepasukan, kami perlu bermula semula.

“Tetapi dalam apa jua keadaan yang bakal terjadi, impian saya adalah sentiasa menjadi lebih kuat daripada mereka,” kata ­Bagnaia.

Selepas mengharungi empat perlumbaan, Martin kekal mendahului dengan 92 mata disusuli Bagnaia di tempat kedua selepas mengumpul 75 mata, manakala tempat ketiga dihuni Enea Bastianini (70 mata). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI