fbpx

GPS berdukacita pemergian Mutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Alexander (dua kiri) ketika bersama-sama mendiang Mutang (dua kanan).

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menzahirkan rasa dukacita dan takziah di atas pemergian Senator Datuk Mutang Tagal yang menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

“Mendiang mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 pada Februari tahun ini, menjadi orang Dayak pertama dari etnik Lun Bawang memegang jawatan itu,” katanya dalam kenyataan.

Alexander yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit menyifatkan sejak penglibatannya di dalam politik, mendiang telah memainkan banyak peranan penting dalam membantu parti dan juga komuniti Lun Bawang dalam mengetengahkan peranan mereka dalam bersama-sama membangunkan Sarawak.

“Mendiang bukanlah satu figura asing kepada saya.

“Saya masih mengingati sejarah penglibatan beliau di dalam politik Sarawak di mana ayah saya, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi yang merupakan Setiausaha Agung PBB pada ketika itu, telah memainkan peranan penting membawa mendiang menyertai PBB pada tahun 70-an, sebelum menjadi Ahli Yang Berhormat dari tahun 1980-an hingga 1990-an,” katanya.

Justeru, katanya mendiang bukan hanya sekadar rakan seperjuangan di dalam politik tetapi juga merupakan kenalan rapat kepadanya dan seluruh ahli keluarganya.

“Tentunya secara peribadi, saya merasa terkesan dengan berita kematian Datuk Mutang Tagal. Saya mendoakan semoga semua ahli keluarga mendiang dan seluruh komuniti Lun Bawang diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI