fbpx

Sekali lafaz Rizky Febian, Mahalini sah suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANYA dengan sekali lafaz penyanyi Mahalini Raharja sah menjadi milik Rizky Febian dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Raffles Jakarta Selatan, pukul 10 pagi tadi.

Bertemakan adat Sunda mengikut tradisi sebelah pengantin lelaki, majlis tertutup itu hanya membabitkan saudara-mara dan kenalan terdekat termasuk keluarga mempelai perempuan yang hadir menggayakan persalinan tradisional Bali.

Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Nur Maulana atau Ustaz Maulana yang diundang sebagai tetamu memaklumkan, mas kahwin pasangan itu berupa jongkong emas.

“Cuma satu kali lafaz selesai,, alhamdulillah dengan mahar yang disebutkan. Ada logam emas, ada wang. Kemudian saya diminta menitipkan nasihat.

“Rombongan lelaki memakai adat Sunda, ada dua rombongan keluarga. Di sisi kanan keluarga Rizky iaitu Sule (ayah Rizky), Dicky, dan Deddy Mulyadi sebagai wakil orang tua.

“Keluarga mempelai perempuan pakai adat Bali. Ada berbalas hantaran, kemudian akad nikah yang berjalan lancar,” katanya ketika ditemui media.

Sebelum pernikahan, Mahalini, 24, dan Rizky, 26, mengikuti acara tradisi nenek moyang penyanyi Sial itu iaitu Bali mempamit, disusuli sesi mengaji di rumah ayah Rizky di Bekasi, tiga hari lalu.

Pasangan romantis itu mengikat tali pertunangan pada 7 Mei 2023 iaitu selepas lebih setahun menjalin cinta.

Hubungan mereka menjadi perhatian susulan perbezaan agama yang mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.

Namun, bapa Rizky iaitu Sule mengesahkan Mahalini telah pun memeluk agama Islam sebelum sah menjadi isteri kepada penyanyi popular tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI