fbpx

Artis lambat, lewat usia dapat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMBAT, lewat usia atau muda-muda lagi sudah menimang cahaya kata, semua itu terpulang kepada rezeki masing-masing.

PELAKON Ayu Raudhah yang kini hamil anak ketujuh menjadi sasaran usikan kakaknya, Rozita Che Wan ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, setiap kali sambutan Aidilfitri adiknya itu mesti berbadan dua.

“Itulah dia, asal mengandung raya, asal raya dia mengandung,” katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam TikTok.

AYU Raudhah bersama suami dan anak-anaknya.

Meskipun bakal meraikan ulang tahun ke-40 pada 7 Disember nanti, Ayu teruja menantikan detik kelahiran bayi yang dikandungnya.

Difahamkan, isteri kepada bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha itu kini hamil tujuh bulan.

Memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah kehamilannya kepada umum, Ayu berharap peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa ingat kepada saya. Mohon doakan yang baik-baik, terima kasih,” katanya dalam TikTok.

Selain Ayu, Gala minggu ini menyenaraikan beberapa barisan selebriti popular tempatan dan antarabangsa yang melahirkan cahaya mata pada usia 40-an.

Rozita Che Wan

Pelakon jelita Rozita Che Wan melahirkan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014 di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, pukul 2.18 petang.

Kelahiran cahaya mata ketiganya itu menjadi penyeri hidupnya dengan pelakon Zain Saidin setelah mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.

Ketika melahirkan Aaisyah, pelakon filem Adik Manja Returns terbabit berusia 41 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Zain, Rozita pernah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Azuar Effendy Zulkapli pada 1995.

Hasil perkahwinan pertama itu Rozita dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ammar Affendy, 28, dan Aniq Ezzra, 26.

Paramitha Rusady

Aktres Paramitha Rusady melahirkan puteranya, Adrian Tegar Maharaja Bago pada 24 Mei 2007 ketika berumur 41 tahun.

Difahamkan, sewaktu bersalin pelakon filem Ummi Aminah itu mengalami beberapa komplikasi sehingga tidak sedarkan diri selama dua hari.

Bagaimanapun, keadaan Paramitha dilaporkan kembali stabil dan dia kini bahagia menikmati kehidupan sebagai ibu kepada Adrian yang sudah pun berusia 17 tahun.

Kareena Kapoor

Aktres Bollywood Kareena Kapoor sememangnya berbakat besar. Beliau telah membintangi puluhan filem yang bukan sahaja popular di India tetapi turut digilai seantero dunia. Mendirikan rumah tangga dengan aktor Saif Ali Khan pada 2012, Kareena melahirkan zuriat sulung bernama Taimur Ali Khan pada 20 Disember 2016.

Selang beberapa tahun kemudian, dia menimang cahaya mata zuriat kedua iaitu Jeh Ali Khan pada 21 Februari 2021.

Ketika melahirkan putera keduanya itu, heroin filem Asoka berkenaan sudah berusia 42 tahun.

Kata Kareena, kehadiran anak keduanya itu menjadi pelengkap buat dirinya dan sekeluarga.

Meskipun ada pendapat mengatakan wanita yang melahirkan anak ketika berusia 40 tahun ke atas akan berdepan pelbagai risiko, Kareena tidak gentar kerana baginya rundingan bersama pakar perubatan banyak membantu memudahkannya melahirkan Jeh Ali.

Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 2006.

Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah menerusi proses Persenyawaan in Vitro (IVF) selepas 11 tahun hidup bersama.

Siti melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 19 Mac 2018, pukul 8.17 pagi.

Ketika itu Siti berusia 39 tahun. Beliau kemudian melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa pada 19 April 2021 ketika berumur 42 tahun.

Sebelum itu, pelantun lagu Cindai itu pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Janet Jackson

Penyanyi Janet Jackson melahirkan anak lelaki ketika berumur 51 tahun pada 4 Januari 2017.

Zuriat yang diberi nama Eissa Al Mana itu merupakan hasil perkongsian hidup Jackson dengan jutawan kelahiran Qatar iaitu Wissam Al Mana.

Ketika bersalin, adik kepada Raja Pop Dunia Michael Jackson itu dilaporkan mengalami beberapa kesukaran, namun dapat ditangani dengan baik.

Menurut jurucakapnya, Jackson sentiasa berfikiran positif dan menjalani tempoh rehat sebaiknya.

Mahligai cinta yang dibina bersama Wissam pada 2012 bagaimanapun tidak bertahan lama apabila berpisah sekitar 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI