fbpx

Faisal Halim nak balik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril ditemui media selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Faisal Halim nak balik!

Itu perkongsian Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang begitu gembira dengan perkembangan semasa Faisal selepas selesai jalani pembedahan ketiga, semalam.

Shahril juga berkongsi yang semangat dan ketabahan Faisal juga turut menghadirkan keterujaan buat barisan doktor yang merawatnya.

“Saya diberitahu Faisal lebih ceria, tetapi yang lebih seronok didengar pagi ini dia mula berjalan dalam bilik. Itu saya teruja, malah dia pun boleh pergi ke bilik air dengan sendiri.

“Fizikal satu hal, tetapi semangat dia juga agak baik. Pakar beritahu pagi ini, mereka sudah banyak buat prosedur (rawatan) sebegini, tetapi Faisal ini istimewa sebab dia tunjukkan pemulihan dengan cepat.

“Dia cakap dia nak balik, itulah orang yang semangat ini lain sikit. Harapan saya raya haji nanti dia boleh balik,” katanya selepas melawat Faisal, pagi ini.

Pembedahan menggunakan kaedah ‘skin allograf’ kali ini lebih tertumpu di bahagian lengan dan rusuk Faisal.

Shahril juga merasakan Faisal akan terus bermotivasi untuk kembali pulih dan pihak kelab serta hospital akan kekal menghulurkan bantuan sewajarnya.

“Faisal akan sentiasa jadi Faisal walaupun pergerakan dia terbatas. Kita nampak dia mencuba, di samping itu kelab serta hospital akan beri sokongan psikologi, bukan sahaja kepadanya malah buat keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI