fbpx

Pemain bola diserang: Biarlah polis buat kerja – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin.

SHAH ALAM – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan menyulitkan lagi keadaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyiasat insiden keganasan terhadap pemain bola sepak negara.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, sebelum ini pihak polis telah menjelaskan bahawa mereka akan meneliti sama ada serangan menimpa tiga pemain bola sepak kebangsaan mempunyai kaitan dengan tohmahan terhadap FAM bulan lalu.

“Apa saja perkara tidak baik yang menjejaskan bola sepak sudah tentu FAM tidak suka. Jadi macam saya katakan, ini perlu mendapat sokongan semua pihak dan pihak berkuasa sedang mengambil semua tindakan menyeluruh tentang perkara ini.

“Kita doakan dapat mencari jalan keluar dalam isu ini. Mungkin itu dia (Shuhaily) kata kemungkinan, jadi saya tidak ada komenlah, saya ingat perkara itu kita serahlah kepada pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd. Zain memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kes serangan membabitkan tiga pemain bola sepak negara sekiranya berkait dengan isu tohmahan yang melanda FAM bulan lalu.

Setakat ini pihaknya sedang menunggu hasil analisis cap jari yang dipercayai milik suspek kes simbahan asid terhadap pemain Harimau Malaya, Faisal Halim – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI