fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: 5 jalan ditutup sempena hari mengundi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana perang bendera parti sempena PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Pekan Kuala Kubu Baharu. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

HULU SELANGOR – Sebanyak lima laluan akan ditutup sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, penutupan sementara itu bermula pada pukul 3 petang sehingga selesai.

Menurut Ahmah Faizal, ia membabitkan Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.

“Laluan alternatif yang boleh dilalui adalah Jalan Kubu, Jalan Dato Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato Balai, Jalan Syed Masyor dan Jalan Pahang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, proses penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Pakatan Harapan (PN), calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok, 11 Mei sebagai hari mengundi melibatkan 39,269 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI