fbpx

Boeing terbabas di Dakar, 11 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat dilaporkan sedang menuju ke Bamako, ibu negara Mali dengan membawa 79 penumpang. - AVIATION SAFETY

DAKAR, Senegal – Sekurang-kurangnya 11 orang cedera selepas sebuah pesawat Boeing 737 terbabas dari landasan sewaktu hendak berlepas dalam kemalangan di sebuah lapangan terbang utama di Senegal, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Menteri Pengangkutan Senegal, El Malic Ndiaye berkata, ketika kejadian, pesawat itu menuju ke ibu negara Mali, Bamako dengan membawa 79 orang. 

“Jumlah tersebut termasuk dua juruterbang dan empat kru kabin,” katanya. 

Menurut media tempatan, semua penerbangan di lapangan terbang berkenaan digantung buat sementara waktu susulan kemalangan itu.

Pesawat tersebut milik Transair dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tempatan, Air Senegal. 

Semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI