fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: PN kutuk tindakan sekat rakyat keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Pemuda Perikatan Nasional mengecam tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasikan pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.

Dalam kenyataan bersama, Pemuda PN menyifatkan perbuatan itu sebagai pengkhianatan terhadap negara dan merupakan jenayah demokrasi.

“Pemuda PN mengingatkan seluruh rakyat khususnya pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu bahawa hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ia merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang warganegara yang sah untuk memilih wakil bagi membawa suara rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Naib Ketua Pemuda Pas, Muhammad Hanif Jamaluddin, Ketua Pemuda PN, Mohamed Sukri Omar dan Pengrah Jentera Pemuda PN PRK Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham.

Justeru, katanya, Pemuda PN menggesa pengundi untuk membuat laporan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba mengugut, menyekat atau menghalang mereka keluar mengundi pada 11 Mei ini.

“Semua pengundi DUN Kuala Kubu Baharu khususnya generasi muda diseru supaya keluar beramai-ramai bagi menyempurnakan tanggungjawab kepada negara,” ujarnya.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon PN, Khairul Azhari Saut, calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian 11 Mei ini melibatkan sebanyak 40,226 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI