fbpx

Harimau kumbang ‘berehat’ di kawasan taman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris menunjukkan lokasi dia ternampak harimau kumbang duduk sebelum beredar semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Gunung Mas 2 - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang penduduk terkejut melihat haiwan dipercayai harimau kumbang berehat di kawasan perumahannya di Taman Gunung Mas 2, di sini, tengah malam kelmarin.

Haris Hamidi Hassan, 39, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumah rakannya di Desa Permai Repah untuk pulang ke rumah sebelum ternampak seekor binatang yang pada mulanya disangka babi hutan.

“Saya lihat binatang itu berwarna hitam, tetapi apabila ia bangun dan beredar saya perasan ekornya seperti anjing atau kucing, namun bersaiz besar.

“Saya tunjukkan imej yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kepada isteri dan kemudian kami beritahu penduduk setempat bagi tujuan keselamatan,” katanya ketika ditemui di Taman Gunung Mas 2 hari ini.

Ujar Haris, penemuan haiwan liar itu turut dilaporkan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri mengesahkan menerima aduan dan pihaknya telah turun ke lokasi bagi menyiasat dakwaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI