fbpx

Pan-gon ada pelan ganti Akhyar, Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (kiri) pastinya mempunyai pelan terbaik untuk memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik meskipun tanpa Akhyar dan Faisal.

ISU keganasan tidak akan memberi kesan besar kepada perancangan Harimau Malaya untuk menghadapi baki dua aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Walaupun tanpa dua pemain, Akhyar Rashid dan Faisal Halim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin tetap percaya pengendali pasukan, Kim Pan-gon mem­punyai resipi berbeza untuk membentuk pasukan terbaik.

“Pan-gon tahu Faisal tidak dapat main, jadi dia akan bersiap sedialah. Mana boleh kita me­nyerah lawan Kyrgyzstan, kita mesti lawanlah. Apa pun saya yakin dengan usaha dan peluangnya masih lagi 50-50.

“Saya sudah bercakap dengan Pan-gon dan dia tahu kita akan berusaha keras. Pan-gon akan kenal pasti siapa yang gantikan Fai­sal dan dia juga akan pantau keadaan (Akhyar) setiap hari.

“Pan-gon juga akan pergi melawat Akhyar pada Jumaat (hari ini) atau Sabtu,” katanya.

Aksi dengan Kyrgyzstan akan dilangsungkan di tempat lawan pada 6 Jun ini sebelum melengkapkan saingan bertemu Taiwan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur lima hari kemudian.

Dalam masa sama, Hamidin juga akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan segala aspek keselamatan dapat dipenuhi sepanjang kem latihan pusat.

“Dia memahami benda ini dan dia pun ambil langkah jaga-jaga. Panggilan kebangsaan selepas ini, kita lebih berhati-hati ter­utama dari segi keselamatan di dalam negara dan luar negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI