fbpx

Speedy Tigers mahu bangkit lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG negara, Faizal Saari (tengah) menjadi sandaran untuk merobek gawang Korea Selatan malam ini. – MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

SKUAD hoki lelaki negara bertekad menutup baki terakhir aksi liga sepusingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak malam ini dengan kemenangan.

Apa sahaja keputusan diraih menentang Korea Selatan tidak membawa sebarang makna ­untuk Speedy Tigers berikutan peluang ke final telah tertutup gara-gara tewas 1-2 kepada Jepun malam kelmarin.

Keputusan seri sekurang-kurangnya bakal mengesahkan tempat Malaysia dalam penentuan tempat ketiga dan keempat menentang New Zealand esok.

Biarpun gagal mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu, tetapi situasi itu dianggap mencapai sasaran ditetapkan barisan kejurulatihan iaitu kedudukan empat terbaik.

Ia disifatkan sebagai sasaran realistik susulan Speedy Tigers kini ‘berwajah baharu’ sejak mula dibentuk pada 19 Mac lalu di bawah kendalian ketua jurulatih, Sarjit Singh.

“Kemenangan menentang ­Korea Selatan akan memberi kita sembilan mata dan bakal beraksi di penentuan ketiga dan ­keempat.

“Selepas beberapa tahun saya kembali sebagai jurulatih, ini adalah proses pembelajaran dan kita akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” kata Sarjit.

Dalam masa sama, Sarjit me­ngakui, mereka mampu me­ngubah keputusan ketika tewas kepada Jepun berdasarkan deretan peluang yang dicipta ter­utama pada suku keempat.

“Peluang dicipta pada suku ketiga dan keempat sebenarnya cukup untuk kita kembali berada dalam permainan atau menja­ringkan gol. Kesungguhan ditunjuk mereka dalam perlawanan ini buat saya puas hati,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI