fbpx

Hafiz cipta kejutan manis, tawan Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ teruja berjaya meraih gelaran pertamanya dalam tempoh tujuh tahun dalam sukan tenpin boling.

PEMAIN tenpin boling lelaki kebangsaan, Mohammad Hafiz Zainuddin mencipta kejutan apabila merangkul kejuaraan sulungnya pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-42 di Sunway Mega Lanes, ­Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada pusingan akhir, atlet berusia 24 tahun itu berjaya me­nundukkan rakan senegara yang juga pemain berpengalaman, Syafiq Ridhwan dengan melakukan 234 jatuhan pin untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.

Hafiz meluahkan kegembiraan dengan kemenangan yang dimiliki kerana ia adalah gelaran pertamanya di pentas antarabangsa selepas tujuh tahun menyertai sukan tenpin boling.

“Saya berasa sangat gembira kerana penantian selama tujuh tahun akhirnya membuahkan hasil selepas berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan ini.

“Selepas ini, saya ingin mengekalkan momentum dan fokus semasa latihan untuk persiapan ke kejohanan seterusnya supaya layak ke Kejohanan Asia,” katanya.

Mengulas lanjut, Hafiz berkata Kejohanan Tenpin Boling Asia di Thailand nanti menjadi motivasi buat dirinya untuk menjuarai kejohanan itu memandangkan Terbuka Malaysia adalah pentas untuk mengumpul mata kelayakan ke pertandingan berkenaan.

“Selepas ini, saya akan me­nyertai Terbuka Kuala Lumpur sebelum beraksi di Kejohanan Asia pada September,” jelasnya.

Sementara itu, pemain boling wanita Kebangsaan, Gillian Lim merangkul kejuaraan pertama apabila menundukkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Lavinia Kho Jia Jie dengan melakukan 235 jatuhan pin dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI