fbpx

EPL: Arsenal berisiko hilang Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (tengah) berpotensi digantung satu perlawanan jika menerima kad kuning ketika menentang United pada Ahad ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berpotensi terlepas aksi terakhir Liga Perdana Ing­geris (EPL) menentang Everton di Stadium Emirates ming­gu depan jika mengutip satu lagi kad ku­ning ketika menentang Manchester United di Old Trafford pada Ahad ini.

Perebutan merebut kejuaraan EPL musim ini begitu sengit antara Arsenal dan juara bertahan, Manchester City yang berkemungkinan besar bakal ditentukan sehingga perlawanan terakhir musim ini.

The Gunners ketika ini me­mimpin carta dengan kelebihan satu mata ke atas City, namun juara tiga kali berturut-turut itu memiliki satu perlawanan dalam tangan yang bermakna kedua-dua pasukan tidak boleh tercicir walaupun satu mata dalam baki perlawanan masing-masing.

Bagaimanapun, Arsenal bakal berdepan masalah sekiranya kelibat Arteta tiada di tepi padang dan kini menyaksikan pengendali berusia 42 tahun itu perlu mengawal tingkah lakunya ketika menentang United yang sentiasa menjadi seteru utama kelab berkenaan.

Beliau telah mengumpul lima kad kuning dan jika menerima satu lagi layangan kad berkenaan bakal menyaksikan digantung satu perlawanan, sama seperti ketika Arsenal tewas 0-1 kepada Aston Villa disebabkan ketiadaannya di tepi padang.

Ia tidak mustahil kerana Arteta mempunyai rekod disiplin terburuk antara pengurus-­pengurus EPL musim ini.

Salah satu kad kuning yang diterimanya ketika didakwa meraikan jaringan kemenangan Declan Rice pada minit ke-97 menentang Luton Town pada Disember lalu secara berlebihan sehingga melintasi garisan masuk ke dalam padang.

Sebagai rekod, Arsenal telah memenangi 14 daripada 16 perlawanan EPL bagi tahun 2024 de­ngan baki dua itu berkesudahan seri tanpa jaringan menentang City selain tewas 0-2 kepada ­Villa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI