fbpx

Bawang Perak produk terbaru negeri selepas limau bali Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tiga dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak dan Semarak Aidilfitri 2024 Bersama Warga Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng, Kampar hari ini.

KAMPAR – Sekiranya Perlis berbangga dengan produk mempelam harumanis, Perak juga berada dalam kelasnya yang tersendiri dengan limau bali Tambun dan terkini Bawang Perak (BP) yang akan mula menjengah pasaran khususnya di negeri ini pada pertengahan bulan ini.

Pemangkin kepada inisiatif itu ialah hasil tuaian bawang merah kecil pada 3 hingga 17 April lalu oleh Jabatan Pertanian Perak sebanyak 3.3 tan metrik di Kampung Kuala Bikam, Sungkai dekat sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, BP akan memasuki pasaran pertengahan bulan ini dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 sekilogram.

“Memandangkan projek perintisan bawang kecil ini bermula di Perak, kerajaan negeri berhasrat untuk menjenamakan bawang ini yang sebelum ini direkodkan sebagai BAW-1 oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sebagai BP.

“Penjenamaan itu perlu dilakukan bagi membezakan bawang berkenaan dengan bawang -bawang import lain yang berada di dalam pasaran,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak dan Semarak Aidilfitri 2024 Bersama Warga Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Katanya, BP mempunyai kelebihan tersendiri berbanding bawang import yang ada dipasaran terutama dari segi aspek kesegaran, kerangupan, warna isinya yang lebih merah serta aromanya yang kuat.

“Penanaman bawang berkenaan bagi tujuan komersial dilaksanakan di Perak melalui projek rintis tanaman bawang di Kampung Kuala Bikam, Sungkai yang bermula pada 24 Januari 2024 yang lepas.

“Program Pembangunan Tanaman Bawang telah bermula pada awal tahun 2024 melibatkan skala pra komersial hingga tahun 2025 dan skala komersial akan mula dilaksanakan pada tahun 2026 hingga 2030.

“Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk penanaman bawang seperti di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Di negeri Perak, beberapa lokasi di daerah Batang Padang dan Kinta seluas lapan hektar sudah dikenal pasti untuk penanaman bawang ini,” katanya.

Saarani memberitahu, pengkomersialan BP sejajar dengan matlamat negeri ini memperkasakan keterjaminan makanan dengan mengurangkan kebergantungan pada import seperti yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030.

“Inisiatif ini juga bertujuan mencapai sasaran pengurangan 30 peratus import bawang menjelang 2030,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI