fbpx

‘Beberapa inci lagi besi boleh tertusuk jantung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BESI yang terjatuh dari sebuah lori menusuk lengan dan rusuk kiri mangsa di Kuantan semalam.

KUANTAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila sebatang besi yang terjatuh daripada sebuah lori menusuk lengan dan rusuk kirinya di Pantai Sepat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Jamaludin Amin, 45, kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu menyaksikan sebatang besi sepanjang 0.75 meter dipercayai terjatuh dan menembusi cermin hadapan kereta dipandu mangsa sebelum terkena mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Penor menghala ke arah Tanjung Lumpur.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang besi dipercayai jatuh dari sebuah lori dari arah bertentangan dan terkena cermin depan sebelum tembus masuk ke dalam kereta dan menusuk lengan serta rusuk mangsa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga mendatangkan kecederaan terhadap orang awam dan usaha mengesan pemandu serta lori terlibat masih dijalankan.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, lori terbabit dipercayai berwarna hijau jenis roro yang membawa sisa bahan binaan namun nombor pendaftarannya belum dipastikan.

Wan Mohd. Zahari berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan saksi-saksi awam yang mungkin melihat kejadian untuk membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI