fbpx

Faisal ceria, jalani pembedahan ketiga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL

SHAH ALAM – Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dijadualkan menjalani satu lagi pembedahan, petang ini.

Proses rawatan Faisal kini sudah pun memasuki fasa baharu yang lebih ketat namun pakar bedah berpuas hati dengan perkembangan positif ditunjukkan pemain kelahiran Pulau Pinang berkenaan.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, Faisal kini berada dalam keadaan ceria dan mampu makan dengan sendiri tanpa bantuan.

“Kita mengadakan perbincangan dengan pakar bedah pada setiap hari dan kita tengok ‘mood’ Faisal semakin baik. Itu yang kita harapkan kerana ini penanda aras terbaik mengenai tahap psikologinya.

“Apa yang penting adalah dia semakin ceria dan itu bermaksud perkembangan itu sangat positif,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey akan menjalani rawatan ‘skin allograf’ yang dianggarkan bernilai lebih RM30,000.

Dr. Muhammad Hazwan menjelaskan fokus rawatan kini lebih menjurus untuk mengurangkan komplikasi sekaligus mengelak keadaan Faisal bertambah teruk.

“Kita boleh katakan yang Faisal sudah memasuki fasa baharu iaitu ‘reconstructive’ jadi apabila sudah berada dalam fasa ini, protokolnya lebih ketat contohnya dari segi lawatan.

“Sesi lawatan perlu dihadkan bagi mengurangkan risiko komplikasi, jadi buat sementara waktu kita tidak akan dapat mendengar banyak perkembangan mengenai Faisal tetapi semuanya mengikut seperti mana yang kita rancang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI