fbpx

Isu AstraZeneca: ‘Harap sabar, kenyataan dikeluarkan dalam waktu terdekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly berucap merasmikan CRM Trial Connect 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu vaksin Covid-19, AstraZeneca dalam masa terdekat.

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu semua pihak diharap supaya bersabar, namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“KKM akan mengeluarkan kenyataan terkait AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, syarikat farmaseutikal, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, beberapa bulan selepas mengaku vaksin tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, lapor akhbar Daily Mail.

Suntikan yang dibangunkan oleh Universiti Oxford itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik kebenaran pemasarannya, berkuat kuasa kelmarin.

Permohonan serupa untuk menarik balik vaksin akan dibuat di negara lain yang telah meluluskannya sebelum ini.

Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM akan meminta penjelasan daripada Firma Farmaseutikal AstraZeneca berhubung pengeluaran vaksin Covid-19 yang memberi kesan sampingan.

Beliau dipetik berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus kepada semua pihak di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI