fbpx

Gelombang haba di Pasir Mas, Kuala Krai sehingga Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gelombang haba di Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan dijangka menerima suhu panas maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, cuaca panas di Kelantan itu juga akan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang dan Pasir Putih berada pada tahap berjaga-jaga.

“Selain itu, amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di pantai Timur Semenanjung iaitu di Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Raub dan Rompin).

“Cuaca panas yang sama turut melibatkan bahagian pantai Barat di Perak (Hulu Perak dan daerah Utara Kedah (Baling) dan Perlis,” ujarnya.

Bagaimanapun, keadaan cuaca cerah dan baik hampir kesemua negeri Semenanjung sehingga tengah hari nanti.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir dijangka melibatkan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, pahang dan Selangor pada petang ini.

“Cuaca buruk sama juga berlaku di bahagian Utara negeri Sarawak dan Sabah di pantai Barat Pedalaman bahagian Tawau pada sebelah petang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI